Wednesday, March 30, 2011

Panduan Terkini Tuntutan Yuran Insurans Kesihatan


  • Post ini berkenaan Tuntutan Yuran Insurans Kesihatan.
  • Mulai tahun 2011, semua tuntutan Insurans Kesihatan akan dihantar/dipos terus kepada Pn. Rohana di Pejabat Konsulat Malaysia di Frankfurt.
  • Tuntutan tidak perlu lagi di hantar ke MARA HQ di Kuala Lumpur.
  • Alamat Pn. Rohana boleh didapati di bahagian kanan website ini.
  • Claim ini adalah dalam bentuk hard copy .
PELAJAR HENDAKLAH MENYEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN TERSEBUT:
  1. Checklist Senarai Nama Pelajar - Untuk Datuk Bandar Sahaja.
  2. Satu sahaja Surat Rasmi Tuntutan Insurans Kesihatan .
  3. Satu sahaja Salinan Original atau Berwarna (kasi nampak real) Immatrikulationsbescheinigung bagi semester terlatest.
  4. Satu sahaja Penyata Kira-Kira Original (Kontoauszug) dari syarikat insurans anda yang menyatakan jumlah bayaran bagi sepanjang tahun- (Sila Highlight Jumlah Bayaran).
  5. Segala dokumen bolehlah di download di sini : Dokumen Claim Insurans
PERHATIAN! INI SERIUS!
  1. Sila simpan satu salinan fotokopi Kontoauszug dari syarikat insurans itu untuk diri anda. Anything can happen.
  2. Berhati-hati kepada pelajar yang meng'copy' dan 'paste' surat tuntutan dari kawan. Jangan sampai anda tersalah memberi nombor² akaun dan sebagainya.
'Selamat Menghantar Claim' daripada Marakumpel.

No comments: