Tuesday, March 29, 2011

Roadshow Palestine München


Roadshow Palestine : Searching for Solahudin (SOS2011) anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah dan Aman Palestin dengan sokongan MARAKumpel dan Kelab UMNO Bayern menampilkan tema unik untuk program Jelajah Palestin sessi ini. Solahuddin al-Ayyubi yang sinonim dengan pembebasan al-Aqsa merupakan antara tokoh yang wajar dijadikan idol oleh para remaja siswa dan siswi hari ini.

SOS2011 tidak hanya menyasarkan peningkatan kesedaran tentang isu semasa di Palestin bahkan membawa audien untuk menghayati formula asasi dalam pembangunan ummah. Turut diselitkan di beberapa lokaliti singgahan ialah sessi perkongsian bagaimana mengimbangi kehidupan pelajar dan khidmat masyarakat dan fiqh perubatan oleh Prof. Madya Dr Zainurrashid Zainuddin. Beliau yang turut aktif mengetuai Persatuan Pelajar Islam ketika zaman universiti di Royal College Surgeon Ireland kini semakin giat bersama aktiviti kemasyarakatan dan kemanusian dalam dan luar negara.

Berikut adalah butiran tentang program ini:

* Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
* Masa: 8:30 - 17:00
* Tempat: Islamisches Zentrum München, Wallnerstr. 1-5, 80939 München
(http://www.islamisches-zentrum-muenchen.de/)
* Pendaftaran / Makanan : 2 Euro

Sila lawati http://sos2011.ismaeropah.com/ untuk maklumat lanjut tentang SOS2011. Jangan lupa RSVP di Facebook.

Seiringan dengan SOS2011 ini, Kempen 5 untuk Palestin juga telah dilancarkan.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran umum tentang isu Palestin.

Saksikan video promosi Roadshow Palestine


Please save the date and join us!

Brochure

No comments: