Monday, October 25, 2010

MGSS Futsal Tournament + GDO !


/*Sedutan dari Website MGSS berkata:*/

Satu pertandingan futsal 5-sebelah lelaki dan wanita akan diadakan di Mannheim, Baden-Württermberg pada 20 November 2010. Oleh itu semua warga Malaysia yang menetap di Jerman adalah dinasihatkan untuk mewujudkan pasukan masing-masing dan segera memulakan latihan pusat yang jitu untuk menyertai pertandingan ini. Penyertaan terbuka kepada 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita. Format pertandingan yang dicadangkan adalah seperti di bawah :-


  • 12 pasukan lelaki, 8 pasukan wanita akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan bermain secara liga
  • Setiap perlawanan peringkat kumpulan akan mengambil masa 10 minit tanpa rehat
  • Bagi kategori lelaki, 4 pasukan dari setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dilanjutkan ke peringkat suku akhir.
  • Bagi kategori wanita, 2 pasukan dari setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dilanjutkan ke peringkat separuh akhir.
  • Di peringkat suku akhir sehinggalah peringkat akhir, masa perlawanan adalah 15 minit ( 7+1+7)
  • Memandangkan kita tidak mendapat khidmat dari pihak yang terlatih, setiap pasukan dikehendaki menyediakan pengadil sepanjang acara ini berlangsung

Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak 30€. Hadiah berupa pingat akan disediakan untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga (10 pingat setiap pasukan). Pendaftaran akan dibuka di suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Oleh itu anda dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan website MGSS ini dibawah ruangan "Forum, Events & Gatherings", dimana maklumat tambahan mengenai pertandingan ini seperti masa dan tempat akan diberitahu.

Format pertandingan yang ditetapkan ini dihasilkan berdasarkan kajian dari acara-acara yang pernah diadakan dahulu. Segala cadangan, pandangan, idea, teguran usw amatlah dialu-alukan daripada anda semua untuk menambah baikkan lagi acara ini seterusnya memberi impak yang positif kepada pasukan yang bakal beraksi.

Untuk pendaftaran, sila klik link berikut:

No comments: