Monday, October 25, 2010

MGSS Futsal Tournament + GDO !


/*Sedutan dari Website MGSS berkata:*/

Satu pertandingan futsal 5-sebelah lelaki dan wanita akan diadakan di Mannheim, Baden-W├╝rttermberg pada 20 November 2010. Oleh itu semua warga Malaysia yang menetap di Jerman adalah dinasihatkan untuk mewujudkan pasukan masing-masing dan segera memulakan latihan pusat yang jitu untuk menyertai pertandingan ini. Penyertaan terbuka kepada 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita. Format pertandingan yang dicadangkan adalah seperti di bawah :-


  • 12 pasukan lelaki, 8 pasukan wanita akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan bermain secara liga
  • Setiap perlawanan peringkat kumpulan akan mengambil masa 10 minit tanpa rehat
  • Bagi kategori lelaki, 4 pasukan dari setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dilanjutkan ke peringkat suku akhir.
  • Bagi kategori wanita, 2 pasukan dari setiap kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dilanjutkan ke peringkat separuh akhir.
  • Di peringkat suku akhir sehinggalah peringkat akhir, masa perlawanan adalah 15 minit ( 7+1+7)
  • Memandangkan kita tidak mendapat khidmat dari pihak yang terlatih, setiap pasukan dikehendaki menyediakan pengadil sepanjang acara ini berlangsung

Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak 30€. Hadiah berupa pingat akan disediakan untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga (10 pingat setiap pasukan). Pendaftaran akan dibuka di suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Oleh itu anda dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan website MGSS ini dibawah ruangan "Forum, Events & Gatherings", dimana maklumat tambahan mengenai pertandingan ini seperti masa dan tempat akan diberitahu.

Format pertandingan yang ditetapkan ini dihasilkan berdasarkan kajian dari acara-acara yang pernah diadakan dahulu. Segala cadangan, pandangan, idea, teguran usw amatlah dialu-alukan daripada anda semua untuk menambah baikkan lagi acara ini seterusnya memberi impak yang positif kepada pasukan yang bakal beraksi.

Untuk pendaftaran, sila klik link berikut:

MCD Annual Gala - 7th November 2010


Website:http://www.malaysianclub.de

Contact: malaysian_club@yahoo.com

Post taken from MCD website,......... :)

" It is almost the end of the year!! How time files! We had a wonderful time at the Parade of Cultures. Thank you everyone for visiting our stall and supporting the Malaysian Club. We sold almost for 12 hours and our food was completely sold out!!

We also threw a farewell party for the Consul General and MCD Patron, En. Saiful. We thank him for his contributions and tireless support for the Malaysian Club. We shall miss him and his family dearly.

We are now planning for the upcoming event, MCD Annual Gala (7th Nov in Marriot Hotel). Reservations can be done online or you could fax us your reservations. The theme for the Gala this year is "Deepavali" which is apt since it falls on the month of November as well. So bring out your Sari and dance the day away ....

Highlights of Gala: Our celebrity chef from Malaysia...Chef Ismail is back to cook us a storm!! Grand Prize is a trip to Malaysia sponsored by Malaysia Airlines!! Plenty of entertainment and festival shows!! ...the list goes on... "


Tuesday, October 19, 2010

Aturcara Penuh Raya Coburg 2010.



Assalamualaikum & salam sejahtera,


Kami warga pelajar HS-Coburg, Bavaria, Jerman, dengan segala hormatnya menjemput :

ke Jom Raya Coburg!, majlis tahunan pertemuan pelajar-pelajar Malaysia di Jerman bersama Professor & Pegawai persatuan pelajar MARA (MARAKumpel) yang akan dilangsungkan pada :

Tarikh :

Sabtu, 23 Oktober 2010

Pukul :

12 Tengah Hari

Tempat :

Bangunan 10,

University of Applied Sciences Coburg,

Th├╝ringer Str 4, 96450

Coburg , Bayern.



Tentatif program adalah seperti berikut :

11.00 Pagi - Ketibaan para tetamu & pelajar

12.00 Tgh hari - Ketibaan tetamu kehormat

- Kata-kata aluan dari pengerusi majlis

- Bacaan Doa

- Ucapan dari Presiden MARAKumpel,

Mohd Tahir Bin Mohd Azis

- Ucapan perasmian dari Pegawai Pendidikan MARA di Germany,

Encik Ruzlan bin Abd Malek

- Jamuan Makan

- Beramah mesra

- Pertandingan Pencuci Mulut tersedap! batu seremban & Best dress

- Penyampaian hadiah

- Lucky draw

5.00 ptg - bersurai.

Semoga kehadiran tuan-tuan & puan-puan ke dapat menceriakan lagi majlis ini.

Wednesday, October 13, 2010

Jom Raya Coburg!!!



Hai kawan-kawan. Sambutan Hari Raya Marakumpel menjelma lagi.
Kali ini dengan pelbagai juadah dan aktiviti-aktiviti menarik disediakan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu sahabat handai dan berkenal-kenalan
sesama rakan-rakan baru terutamanya pelajar-pelajar yang baru tiba di German!

Jom Coburg!!!?


Lokasi : Fh Coburg, Coburg darul Ejang

Tarikh : 23 Oktober 2010

Masa : 11.00am

Dijemput : Sesiapa sahaja yang mahu datang!

Syarat Kelayakan :
(1)Manusia
(2)Mestilah lelaki atau pun perempuan
(3)Tidak gila

Hidangan : Antaranya ialah....
Nasi Briyani Helmi , Ayam Masak Merah Ejang , Daging Rempah Ain ,
Nasi Himpit Kuah Kacang Auli , Dal Sayur Haiqal .. dan lain2 lagi!

Aktiviti :
Makan! , Minum! , Ambil gambar! , Pertandingan Pakaian Ter'awesome ,
Lucky Draw , Dessert Tersedap! , Batu Seremban .


Ayuh! Kita ke Coburg!!!