Saturday, October 24, 2009

VISA REQUIREMENT *PENTING*



Saudara / Saudari Pelajar Tajaan MARA ,



PERINGATAN KEPADA PEMEGANG VISA PELAJAR DI REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN


Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian saudara/saudari kepada perkara di atas.


2. Secara umumnya, pihak berkuasa pengajian tinggi di Republik Persekutuan Jerman berpuashati dengan disiplin dan urusan pengajian pelajar Malaysia di sini. Walaupun begitu, terdapat pihak yang merasa bimbang dengan tindakan pelajar yang melanggar peraturan bukan sahaja di peringkat universiti dan negeri, bahkan undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan visa pelajar.


3. Diantara kesalahan yang sering dilakukan adalah seperti tinggal melebihi tempoh visa serta melaksanakan pertukaran universiti tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Akibat daripada tindakan ini, beberapa orang pelajar Malaysia telah dihantar pulang dan berkemungkinan telah dimasukkan sebagai senarai hitam serta tidak layak lagi untuk menyambung pengajian di universiti di seluruh Kesatuan Eropah.


4. Disamping itu, pelajar-pelajar yang telah tamat tempoh pengajian atau telah ditamatkan pengajian dan tidak pulang ke Malaysia dengan segera adalah bertaraf penduduk haram di negara ini. Perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan masalah kepada pelajar, bahkan turut mencemarkan nama baik Malaysia di Republik Persekutuan Jerman. Kerajaan Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di negara ini.


5. Sehubungan itu, semua pelajar Malaysia dan pelajar-pelajar tajaan MARA khususnya hendaklah sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang sepanjang berada di negara ini sama ada di peringkat universiti, kerajaan tempatan, negeri dan Persekutuan. Sebarang ketidakpastian berkenaan sesuatu perkara atau peraturan hendaklah sentiasa dirujuk kepada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt.

Sekian, terima kasih.




"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"




Saya yang menurut perintah,

(RUZLAN BIN ABD MALEK)

Konsul (Pelajaran) MARA

b/p Konsul Jeneral

Konsulat Jeneral Malaysia

Frankfurt, Jerman.

Friday, October 23, 2009

Zwischenmiete

Bilik untuk disewa di N├╝rnberg :



November sehingga April
155€ (sewa) + 60€ (letrik) = 215€ (warm)
Volligmobilliert
Katil double puas tido, tilam ziana zain
Bilik besar




kepada yang berminat sila hubungi Yusri Hidir ( 017664007121) , atau sila tinggalkan komen anda di sini.

Thursday, October 15, 2009

Lagi-Lagi Raya~!

Dengan ini anda semua dijemput untuk bersama-sama meraikan
Majlis Hari Raya MARAKumpel 2009 pada :



Tarikh : 17.10.2009 (Sabtu)
Tempat : Raum 109-110, FH-Regensburg
Masa : 1200 Tgh Hari - 1730 Petang



1. Pengangkutan ke lokasi : Bas

  • Dari HBF,(A)
  • Keluar ke Albertstrasse berdepan dgn HBV
  • belok ke kanan
  • berjalan ke sebuah Haltestelle yg agak tersorok (B)



View Larger Map

  • naik Bas no.11
  • Richtung Burgweinting .
  • Berhenti di Haltestelle : Fachhochschule


2. Aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan

  • Jamuan makan -Menu² menyelerakan seperti Nasi Beryiani, Sate, Nasi Impit dsb.
  • Beramah-mesra - Bertanya kabar & bermaaf-maafan sesama sahabat handai.
  • Pertandingan Berbalas Pantun
Setiap daerah wajib menghantar sekurang-kurangnya 1 kumpulan Berbalas Pantun, yang dianggotai seramai 2 atau 3 Orang peserta.
  • Pertandingan Pencuci Mulut
Setiap daerah wajib membawa 1 pencuci mulut. Pertandingan akan diadili oleh Kak Ain (Isteri kepada Abang Tajudin). Pemenang akan menerima hadiah yang istimewa dari pihak penganjur.
Oleh itu jangan lepaskan peluang anda!

3. Kod pakaian : Pakaian Glamour. (Baju Melayu, Baju Kurung, dsb)

4. Tempat tinggal untuk mereka yang ingin bermalam. Terhad kepada gadis² sunti lelaki sahaja.

5. Sebarang pertanyaan & juga kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan, sila berhubung pada saudara Saufi Regensburg (ym id: saufi_hssn)

Ayuh! Kita jumpa disana! ;)


Monday, October 12, 2009

Raya datang lagi !



Dimaklumkan bahawa Majlis tamat bulan Syawal & Majlis pra-Raya Haji 2009 akan diadakan pada :

Tarikh : 17.10.2009 (Sabtu)
Tempat : Regensburg
(Lokasi tepat akan diberitahu kemudian)
Masa : 12 Tgh Hari


2. Setiap bandar diwajibkan untuk menyediakan satu resepi pencuci mulut. Resepi yang paling menarik & enak akan memenangi hadiah misteri dari pihak tuan rumah. Pertandingan pencuci mulut ini akan diadili oleh Kak Ain dari Regensburg.

3. Datuk Bandar sila maklumkan bilangan pelajar yang akan hadir dari daerah masing2 kepada saudara Saufi Regensburg (ym id: saufi_hssn) agar pihak penganjur dapat menganggarkan jumlah makanan yg harus disediakn.

4. Pakai pakaian yang paling glamour & semarakkan kemeriahan & keriangan Hari Raya di perantauan.



Ayuh! Kita jumpa disana! ;)

Lanjutan Tajaan Pembelajaran




Maklumat berikut ditujukan kepada para pelajar tahun terakhir batch ke-4 (wintersemeseter 06/07 & summersemester 07) yang ingin melanjutkan tajaan pembelajaran (sambungan semester 8,9,10....)

1. Temuduga akan dijalankan oleh Encik Ruzlan di Augsburg untuk pelajar2 di kawasan Bayern, & di Frankfurt untuk pelajar2 di kawasan NRW, Hessen & Baden.

2. Tarikh temuduga adalah seperti berikut :

Bayern : hujung bulan 10
NRW, Hessen & Baden. : awal bulan 11

(Tarikh sebenar akan diberitahu kemudian)

3. Kepada mereka yang berhasrat untuk melanjutkan tempoh tajaan, sila sediakan dokumen2 berikut :

  • Surat Sokongan dari FH
  • Study Plan
  • Notenblatt (ECTS)
  • Borang permohonan (akan diberi pada hari temuduga)
4. Pakaian kasual & sopan. (kasut kulit & memakai perfume)

*stay tuned pada blog marakumpel untuk maklumat lanjut*

Yuran Semester Tahunan




Yuran Semester MARAKumpel 2009 adalah sebanyak

20€ seorang.


*untuk 2 Semeseter*

Sila jelaskan pembayaran anda pada ketua bandar selewat2nya pada hujung minggu ini.




Tuntutan Yuran Semester Musim Sejuk 2009/2010





Assalamualaikum,


1. Di sini diumumkan bahawa dokumen2 untuk tuntutan yuran pengajian semester musim sejuk 2009/2010 sudah boleh mula dikemaskinikan. Dan hantarkan data2 tersebut kepada datuk bandar selewat-lewatnya 18.10.2009.



2.ACHTUNG!!!! YURAN PENGAJIAN yg boleh dituntut tidak termasuk
SEMESTER TIKET dan juga STUDIENBEITRAG yg tidak melebihi 500€.


3. Pastikan setiap dokumen disemak dengan teliti agar tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari.

4. Dokumen2 yg dimaksudkan adalah :

  • Studienbescheinigung
  • Kontoauzug sebagai bukti pembayaran
  • Cover letter beserta maklumat peribadi dan maklumat bank
  • Senarai maklumat2 dalam List Excel (Khas untuk Ketua Bandar)

*

1 fotokopi untuk simpanan Ketua Bandar,

1 fotokopi diserahkan kepada En. Ruzlan,

1 Salinan ORIGINAL kepada En. Azrul di Pejabat MARA Malaysia.

*


Untuk maklumat lanjut sila Klik Sini!




tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang pertanyaan.