Saturday, November 10, 2007

Protokol Mesyuarat 10.11.2007

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

1. Majlis dimulakan dengan berita sedih bahawa khidmat masakan (ejaan betul Bahasa Inggeris: catering) tidak dapat diperolehi. Oleh itu, para pelajar Nürnberg yang hadir kepada mesyuarat melalui Yahoo! Messenger dengan rela hati tanpa membangkitkan kerja barbeque telah bersepakat untuk memasak juadah raya nanti.

2. Menu hidangan berserta kepala pasukan masakan adalah seperti berikut:

Ise + Isqi = Mee.
Awang + Sab = Rendang Ayam Melayu Asli
Ciap + Yan + PD = Nasi Impit Sultanah Melayu berserta Kuah Kacang Di Raja.
Azraai = Ayam Empuk dimasak Tandoori, hidangan raja-raja di zaman Gengis Khan.
Ziha + Intan = Kuih-muih berserta pencuci mulut yang mengimbau kembali kenangan silam tatkala di Malaysia.
Baws Ranzos = Nasi

3. Anggaran jumlah masakan dianggarkan seperti berikut:

Beras - 20kg
Ayam - 50kg
Lain-lain tidak dibincang.

4. Jumlah bayaran yang akan dikenakan, setelah diperkenankan oleh orang ramai, adalah sebanyak:

7.50€ yakni tujuh euro lima puluh sen euro sahaja.

5. Bayaran hendaklah diberikan kepada Zirwatul Isyqi Mat Noor. Maklumat akaun bank beliau boleh diperolehi daripada beliau sendiri.

6. Majlis akan bermula pada pukul 11 pagi dan akan berakhir pada pukul 3 petang. Para hadirin diminta hadir tepat pada masanya (okay, ni aku tambah. tak bincang pun dalam mesyuarat).

7. Peralatan makanan seperti pinggan, garfu, sudu dan gelas hendaklah dibeli (belum ada sesiapa yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini).

8. Apa-apa hal, Azraai selaku Pengurus Majlis akan memberitahu semua pihak yang terlibat.

Sekian xoxo,

Allah Maha Mengetahui.

1 comment:

Anonymous said...

memang aku tak puas hati pasal grill tu..ade ke dah buat grill tak yah buat raye..apemende..tapi takpe lah..aku turut sama buat gak majlis raya ni..sbb semangat nak beraya..taraf kepayahan buat grill mane same ngan buat majlis raya..mengelat sungguh!!taktik keji ahhh!!

yang membaling batu tidak sembunyi tangan,
Azri bin Abd hamid